15 cedera dalam kemalangan di lombong tembaga di selatan Mongolia

·

Lima belas pekerja cedera dalam kemalangan di lombong tembaga Oyu Tolgoi di selatan Mongolia pada Khamis, menurut berita Xinhua memetik pengendali lombong itu.

“Pada kira-kira jam 6 petang hari ini, satu kejadian seismik berlaku di zon rekahan batuan, menyebabkan gegaran di lombong bawah tanah,” kata pengendali Oyu Tolgoi LLC dalam kenyataan.

Syarikat itu berkata gegaran mencetuskan runtuhan batuan, yang mengakibatkan 15 pekerja cedera. Tiada kematian dilaporkan.

Terletak di wilayah Umnugovi, lombong Oyu Tolgoi adalah satu daripada lombong tembaga terbesar di dunia dan projek pelaburan terbesar di negara itu setakat ini.

Apabila beroperasi pada kapasiti penuh, lombong itu dijangka mengeluarkan purata kira-kira 500,000 tan tembaga setiap tahun antara 2028 dan 2036, melalui operasi kuari terbuka dan bawah tanahnya.