3 maut, 2 cedera dalam letupan periuk api di timur laut Syria

·

Tiga pemuda maut dan dua lagi cedera dalam satu letupan periuk api di kawasan luar bandar selatan wilayah Hasakah, timur laut Syria, pada pagi Selasa, menurut berita Xinhua memetik laporan saluran televisyen kerajaan Syria, Al-Ikhbariya.

Menurut laporan itu, Pertahanan Awam Syria menemui mayat ketiga-tiga mangsa dan membawa dua mangsa yang cedera ke hospital awam tempatan untuk mendapatkan rawatan.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, pemantau konflik berpangkalan di Britain, dilapor berkata letupan itu berlaku ketika pemuda terbabit mengusik sisa bahan letupan perang semasa mereka menggembala biri-biri.

Periuk api dan bahan letupan yang tidak meletup, tinggalan daripada konflik, terus mengakibatkan korban dalam kalangan orang awam di seluruh Syria. Pemerhati itu telah merekodkan 273 kematian seumpama itu sejak awal 2026, termasuk 106 kanak-kanak.