Sekurang-kurangnya 6 maut dalam serangan di barat daya Colombia

·

Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam satu serangan didakwa terkait dengan pemerasan di kawasan luar bandar perbandaran Suaza, di jabatan Huila, barat daya Colombia, lapor berita Xinhua memetik media tempatan pada Isnin.

“Menurut laporan awal, pembunuhan beramai-ramai ini mungkin berkait dengan tuntutan pemerasan, walaupun keadaan sebenar dan motifnya masih belum dapat dipastikan,” kata Corporation for Peace and Social Development (Corpades), sebuah pertubuhan hak asasi manusia di Colombia.

Menurut Xinhua, video dimuat naik di media sosial oleh pertubuhan sosial dan media lokal menunjukkan sebuah kenderaan membawa lima orang telah dibakar di lokasi kejadian, manakala berbalas tembak menyebabkan seorang lagi maut.