Lebih 3,000 rakyat Australia mati akibat bunuh diri pada 2025 — biro statistik

·

Lebih 3,000 rakyat Australia meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2025, menurut data rasmi diterbitkan pada Selasa, dengan lelaki membabitkan majoriti signifikan, menurut berita Xinhua.

Menurut Xinhua, Biro Statistik Australia (ABS) berkata, 3,283 daripada 188,421 kematian yang didaftarkan di seluruh negara pada 2025 diklasifikasikan sebagai kematian akibat bunuh diri, menjadikannya punca kematian ke-15 paling kerap berlaku.

Angka ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 3,326 kematian akibat bunuh diri yang dilaporkan pada 2024, namun ABS menyatakan angka itu dijangka meningkat seiring dengan perkembangan siasatan koroner yang sedang dijalankan.

Ia mengatakan, 73.9 peratus daripada semua orang yang meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2025 adalah lelaki.

Umur median bagi mereka yang meninggal dunia akibat bunuh diri ialah 45.0 tahun. Bagi lelaki, ianya 45.5 tahun, manakala bagi wanita 43.8 tahun.

ABS berkata, bunuh diri adalah punca kematian utama kematian bagi rakyat Australia berusia 15 hingga 44 pada 2025, dan punca utama secara keseluruhan kadar kematian pramatang, lapor Xinhua.