Pasukan Afghanistan melancarkan serangan balas selepas angkatan tentera Pakistan menjalankan serangan dron di kawasan sempadan Afghanistan pada Selasa, yang mengakibatkan korban dalam kalangan anggota Pakistan, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Afghanistan pada Rabu, lapor berita Xinhua.
Angkatan tentera Pakistan telah melancarkan empat serangan dron ke atas sebuah pos sempadan dan kemudahan keselamatan yang bersebelahan di wilayah Paktika, Afghanistan, pada Selasa, Xinhua memetik kementerian itu.
Sebagai tindak balas, anggota pertahanan dan keselamatan Afghanistan yang ditempatkan berhampiran telah melancarkan serangan balas terhadap sebuah pangkalan tentera Pakistan di kawasan terbabit serta beberapa pos kawalan.
Kementerian itu memaklumkan operasi terbabit mengakibatkan korban dalam kalangan anggota Pakistan dan menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur ketenteraan Pakistan, lapor Xinhua, tiada korban dilaporkan di pihak Afghanistan.

