Penyerang dibunuh selepas serangan pisau di luar kedutaan Israel di Serbia

·

Seorang penyerang maut selepas menyerang seorang anggota pasukan keselamatan (gendarmerie) yang sedang mengawal Kedutaan Israel di Belgrade pada awal Rabu, lapor berita Xinhua memetik Kementerian Dalam Negeri Serbia.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila seorang individu bawah umur yang tidak dikenali menyerang anggota terbabit menggunakan dua pisau.

Dilaporkan, anggota terbabit membunuh penyerang itu sebagai tindakan mempertahankan diri, namun dia mengalami kecederaan akibat tikaman pisau pada muka.