Serangan Israel mengorbankan sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain di Jalur Gaza pada Isnin, lapor Reuters memetik pegawai kesihatan wilayah itu.
Dilaporkan dua orang maut dan enam yang lain cedera dalam dua serangan udara berasingan di Khan Younis, di bahagian selatan wilayah itu, manakala seorang lagi maut dalam satu serangan udara Israel di pekan Al-Mussadar.

