Tentera AS pada Selasa berkata, lima orang maut dalam satu serangan ke atas sebuah vesel di Pasifik Timur, siri terbaharu serangan yang Washington mengatakan menyasarkan “pengganas narko” namun pakar hak asasi manusia mengutuknya sebagai pembunuhan di luar proses undang-undang, lapor berita Reuters.
Perintah Selatan AS berkata di X bahawa ia telah “melancarkan serangan kinetik yang membawa maut ke atas sebuah vesel laju yang beroperasi di laluan penyeludupan dadah yang lazim digunakan di Pasifik Timur.”
Ia memetik apa yang ia sifatkan sebagai “perisikan yang disahkan” bagi mendakwa bahawa vesel terbabit terlibat secara aktif dalam penyeludupan dadah, tanpa memberikan perincian lanjut, menurut Reuters, ia berkata lima orang maut, dan melabelkan mereka sebagai “pengganas narko”.
Menurut Reuters, serangan AS ke atas kapal-kapal sebegini di Caribbean dan Pasifik Timur telah membunuh lebih 230 orang.

