Tentera Israel pada Jumaat berkata satu kenyataan ia membunuh dua komander Hamas dalam satu serangan udara di kawasan Nuseirat, di tengah Jalur Gaza, pada hari sebelumnya, lapor berita Xinhua.
Seorang daripada komander terbabit dikenal pasti sebagai Ihab Jamil Abu Taqiya, seorang komander skuad dalam sayap ketenteraan Hamas, kata kenyataan itu seperti dilapor Xinhua, sambil menambah dia terbabit dalam menahan tebusan Israel dalam penahanan Hamas semasa permulaan perang.
Ibrahim Gihad Muhammad Abu Oshaiba, seorang komander platun dalam sayap ketenteraan Hamas, juga maut dalam serangan itu, menurut tentera Israel.
Ia mendakwa bahawa sepanjang tempoh perang, terutama sejak kebelakangan ini, kedua-dua komander terbabit telah melancarkan serangan terhadap tentera dan orang awam Israel, serta berusaha memulihkan keupayaan Hamas.

