2 pelajar maut dalam serangan di kolej perempuan di barat daya Pakistan

·

Dua pelajar perempuan maut manakala seorang lagi cedera dalam satu serangan terhadap sebuah kolej kerajaan untuk pelajar perempuan di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, kata Ketua Menteri Sarfraz Bugti pada Rabu, menurut berita Xinhua.

Empat lelaki bersenjata yang menutup muka dengan menaiki dua motosikal menyerang Kolej Ijazah Kerajaan untuk Perempuan (Government Girls’ Degree College) di daerah Nushki pada Selasa. Mereka merosakkan kamera keselamatan dan pejabat pengetua sebelum melepaskan tembakan, kata Bugti pada sidang media di Quetta.

Pelajar yang cedera telah dikejarkan ke hospital, di mana dua kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan dialami.

Bugti berikrar untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.