9 maut dalam nahas pesawat di Florida

·

Sebuah pesawat yang membawa sembilan orang terhempas di kejiranan kediaman di Florida pada Ahad, mengorbankan semua individu di dalamnya, kata Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Sean Duffy, menurut berita Xinhua.

Pada 12:50 tengah hari Waktu Timur, sebuah pesawat Learjet 60 terhempas di kawasan kejiranan dekat Cresthaven, Florida, kata Duffy dalam satu hantaran di X, menurut Xinhua.

“Semua sembilan orang di dalam pesawat itu maut.”

Pesawat terbabit berlepas dari Austin, Texas dan dalam perjalanan menuju ke Bahamas, katanya.